Pengenalan


Sistem Bantuan Bencana(e-Bencana) dibangunkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang bertujuan untuk membantu menyediakan kemudahan pengurusan maklumat bencana secara berpusat di Negeri Pulau Pinang. Sistem ini berfungsi sebagai pangkalan data bagi maklumat/informasi setiap daerah di Negeri Pulau Pinang yang berkaitan dengan bencana, pusat pemindahan, agensi bantuan, logistik (peralatan/jentera/kemudahan pengangkutan), pembekal, badan sukarela dan pegawai bertugas di Pejabat-Pejabat Daerah dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Pulau Pinang.

Sistem e-Bencana ini juga bertujuan bagi menguruskan bantuan awal daripada Akaun Amanah Tabung  Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Pulau Pinang kepada mangsa-mangsa bencana. Akaun Amanah ini ditubuhkan dengan tujuan untuk memperakaunkan terimaan sumbangan daripada Kerajaan, individu, syarikat atau pertubuhan/badan swasta yang ingin menyalurkan derma.


Dikemaskini: Khamis, 26-Jul-2012 8:18am


Laman Utama